Sejarah
Sejarah pernah merekodkan ahli falsafah Yunani Aristotle pernah memperkatakan mengenai faedah terapeutik yang terdapat pada magnet semulajadi untuk mengurangkan kesakitan dan merawat pelbagai kesakitan.
Ahli fizik Parsi juga pernah menggunakan magnet untuk melegakan “gout” dan kekejangan otot.
Teori di sebalik terapi magnet yang dikatakan adalah ruang magnetik atau bahan yang boleh menghasilkan aliran elektromagnet boleh menembusi tubuh manusia dan memberi kesan kepada fungsi sel-sel serta memperbaikikan kelancaran sistem saraf dan organ tertentu.
Pun begitu, bagaimana kuasa magnetik bertindak terhadap semua ini tidak dapat dijelaskan secara terang dan masih misteri.
Namun, ada beberapa hipotesis dibuat mengatakan arus elektrikal yang dijana magnet “mengganggu” tranmisi isyarat sakit ke sistem saraf tunjang. Tanggapan lain pula mengatakan magnet meningkatkan pengaliran darah ke sesuatu bahagian tubuh lalu menggalakkan peredaran oksigen dan nutrien seterus mengurangkan kesakitan dan bengkak.
Terapi magnetik biasanya digunakan untuk sakit bahagian sendi dan otot selain digunakan untuk mengurangkan sakit selepas pembedahan. Ada yang mengatakan ia dapat mengurangkan tekanan, insomnia, dan magrain disamping melawan jangkitan dan memperbaiki ketidakseimbangan sistem saraf.
Fakta
Biomagnetik boleh juga digambarkan sebagai Kutub Utara Kutub Selatan atau juga yin – yang bagi masyarakat Cina. Persamaan dari segi konsep iaitu tarikan ion negatif dan positif. Keseimbangan tarikan-tarikan tersebut menunjukkan kadar pH adalah neutral manakala perubahan cas-cas tersebut membolehkan tahap keasidan dan kealkalian ditentukan.
Medan magnet menarik kutub-kutub yang berlainan. Apabila kita meletakkan medan positif magnet dengan medan negatif magnet maka ia akan menarik di antara satu sama lain.
Secara amnya, medan magnet berkuasa positif iaitu (P) akan menarik medan negatif bumi iaitu kutub utara dan medan magnet berkuasa negatif (N) akan menarik medan positif bumi iaitu kutub selatan.
Dalam kenyataan ini, penggunaan negatif adalah untuk kutub utara bumi dan positif adalah untuk kutub selatan bumi. Sebagai maklumat, sepatutnya yang digunakan dalam tubuh badan kita adalah medan magnet negatif. Apabila magnet (N) ini menyentuh kulit manusia ia dipercayai mengembangkan pembuluh darah, dengan ini darah dan oksigen akan bertambah di kawasan aplikasi magnet. Medan positif magnet pula apabila disentuh ke kulit manusia ianya akan menjadi merbahaya dalam jangka masa panjang. Hanya doktor-doktor pakar yang boleh menggunakan magnet positif untuk rawatan penyakit tertentu
Jenis-jenis biomagnets:
Kebanyakan biomagnets dibuat dari ferrites, iaitu gabungan kobalt, nikel, barium dan metal lain. Magnets yang fleksibel adalah gabungan plastik , getah atau bahan-bahan yang mudah dilenturkan. Biomagnets yang paling kuat adalah magnet yang dibuat dari Neodymium (Magnet nadir bumi).
Magnet-magnet Neodymium ini adalah amat bertenaga dan berupaya untuk bertindak pada kuasa magnetik dalam badan kita, tetapi secara mekanikalnya ia adalah rapuh dan akan hilang kuasa magnet jika didedahkan pada suhu di atas 176 darjah Fahrenheit atau 80 darjah Celsius.
Biomagnet diukur dari segi gauss iaitu garis daya per kawasan unit kutub.
Setiap elektron memang bergerak secara berputar sama seperti bumi berputar pada paksinya. Kebiasaannya elektron akan berputar secara rawak, tetapi apabila elektron-elektron ini dimagnetkan, kesemua pergerakan elektron akan bergerak secara melawan arah jam (ia akan menghasilkan medan negative magnet) atau mengikut arah jam (ia akan menghasilkan medan positif magnet).
Medan magnet bumi adalah penting kepada semua kehidupan di muka bumi. Kekurangan kuasa magnet bumi (4000 tahun dahulu medan magnet bumi adalah 4.0 gauss, pada hari ini ianya adalah 0.4 gauss) telah mengaitkan kepada pelbagai masalah di zaman millennia ini.
Teras kepada bumi iaitu kerak bumi adalah satu magnet yang amat besar dan kuasanya apabila sampai ke permukaan bumi adalah 0.4 gauss. Kuasa yang terhasil ini akan memasuki ke dalam sistem badan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, dalam erti kata lain segala-galanya yang berada di dalam muka bumi ini. Secara logiknya, kuasa medan magnet bumi adalah penting di dalam kewujudan segala sumber kehidupan bumi.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar